SUKARELAWAN AKTIF YOSH UPM DI BERITA HARIAN

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Tahniah diucapkan kepada Sukarelawan Aktif YOSH UPM, Nur Atikah Mohammad, kerana telah berjaya memberi contoh teladan yang baik dalam keusahawanan kepada pelajar-pelajar.

Walaupun sibuk dengan belajar, pelajar tahun ketiga Bacelor Pembangunan Manusia dan Pengurusan ini mampu untuk membuktikan bahawa impian beliau dalam dunia perniagaan bukan setakat angan-angan. Beliau telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan turut aktif dengan aktiviti kesukarelawanan dan berhasrat membina sebanyak-banyaknya ‘networking’ bersama syarikat-syarikat ternama yang lain.

Alhamdulillah, dengan bantuan mentor serta bimbingan dan tunjuk ajar daripada kelab YOSH UPM, yang mempunyai fokus kepada elemen keusahawanan, kini Nur Atikah sudah selangkah kehadapan dengan syarikat bisnes bukunya iaitu Spek Besar Enterprise.

Beliau juga turut mendapat bimbingan secara dekat bersama mentor dari Persatuan Usahawan Muda Muslim Malaysia (PUM3).

Sumber: https://www.facebook.com/yoshupm

======

Ikuti perkembangan Kelab Chapter YOSH UPM di laman sosial tertera:
Facebook | Instagram

#ydkmm
#yosh
#PUM3
#yoshUPM
#chapter

superadmin

superadmin

Leave a Replay

Recent Posts

Follow Us