LAPORAN PROJEK ISTIMEWA RAMADHAN: PROGRAM TAHFIZ INTEGRASI ANNUR BERSAMA ANAK-ANAK CINA MUALLAF

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

‘ERTI KEMENANGAN AIDILFITRI KEPADA 8 ANAK PERANTAU’

Erti kemenangan Aidilfitri kepada 8 anak perantau dari China yang bermastautin di Malaysia adalah apabila mereka lebih dekat dengan Al-Quran, memahami makna, mentadabburi seterusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

Ini adalah salah satu usaha murni Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) sepanjang bulan Ramadhan ini, untuk membimbing kesemua warga Cina-Muslim yang bermastautin di sini mengenali dan memahami Al-Quran dengan lebih akrab. Program khas Ramadhan yang dijalankan secara sukarela (percuma) ini turut mengaplikasikan modul Program Tahfiz Integrasi An Nur bagi projek hafalan.

Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) akan mengadakan satu majlis rasmi sebagai penghargaan dan penganugerahan kepada semua peserta pada 10 Jun 2018 bertempat di Seri Riana Residence, Wangsa Maju.

Melalui program khas ramadhan ini, 2 orang peserta Cina-Muslim, berjaya menghafal 2 juz dalam masa 20 hari (4jam sehari), manakala berbaki 6 peserta, berjaya menghafal ½ juz seperti yang ditargetkan. Penekanan kepada semua peserta ini adalah Tahsinul Quran (perbaikan bacaan Al-Quran). Ini adalah satu pencapaian yang sangat baik.

Program khas ramadhan ini memberi satu cahaya baru kepada anak-anak China yang bermastautin di Malaysia, kerana program ini adalah yang pertama kali dijalankan di dalam komuniti mereka. Kejayaan mereka dalam melepasi target tahsin dan tahfiz ini membawa sesuatu yang membahagiakan menjelang aidilfitri. Mereka turut diberi Al-Quran terjemahan bahasa mandarin bagi mengaplikasikan modul An Nur ini. Teknik hafalan An-Nur yang merupakan cetusan idea Pengasas dan Penasihat Utama YDKMM, Dr Hj Mohd Hizul Azri B. Hj Md Noor, telah menggabungkan konsep tadabbur (mengkaji) dan bayangan bagi membantu para peserta menghafaz al-Quran serta menghayati isi kandungan dan mengamalkannya.

Seiring dengan moto PTI iaitu ‘Membangun Generasi Huffaz Profesional’, program tahfiz ini telah membina satu modul khusus untuk melahirkan generasi huffaz tanpa sempadan, dan beramal soleh serta menghayati al-Quran dalam kehidupan secara berterusan. Antara keunikan PTI ialah inovasi modul yang dijalankan di pusat tahfiz banyak menekankan aspek penghayatan al-Quran, nilai-nilai murni yang boleh dipelajari dari al-Quran dan menghafal dengan gaya.

Pn. Nur Aimi Athirah bt Suhaimi, dan Dr Wan Ahmad Afiq b. Wan Zaidi, 25 tahun, berkata, program tersebut merupakan inisiatif pihaknya bersama untuk melahirkan generasi huffaz tanpa sempadan dengan turun ke komuniti Cina-Muslim bagi memperkenalkan modul An Nur, sekaligus memberi harapan baru kepada mereka tentang kemampuan mereka dalam menyambung generasi huffaz sedunia, justeru menjadi rahmatan lil alamin.

 

Gambar 1 : Sesi perkongsian tadabbur oleh Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq dan Puan Nur Aimi Athirah setiap pagi, sebelum bermula sesi menghafal dan tasmik bacaan.

 

Gambar 2 : Hafsha, menggunakan terjemahan mandarin dari telefon bimbit salah seorang tenaga pengajar, bagi memahami maksud setiap perkataan.

 

Gambar 3 : Salah seorang peserta menggunakan Al-Quran terjemahan bahasa cina hasil sumbangan masyarakat setempat.

 

Gambar 4 : Iftar bersama di restoran Cina-Muslim

superadmin

superadmin

Leave a Replay

Recent Posts

Follow Us