skip to Main Content
needy

Food For Hungers

0% funded

Food for Hunger
Jejak #feedinghomeless.


Kota Kinabalu, 27 Sept –
Seramai 15 orang sukarelawan menjejaki homeless di sekitar kawasan Kota Kinabalu. Semua sukarelawan bergabung di Masjid Negeri dan mereka dibahagikan kepada beberapa kawasan antaranya:

1. Masjid negeri

  1. HQE Bandar
  2. Bandar Kota Kinabalu
  3. HQE Damai
  4. HQE Likas
  5. Majlis bandaraya

Para sukarelawan memberikan pek makanan bernilai RM 10 kepada gelandangan. Sebanyak 70 pek dapat diagihkan kepada gelandangan yang ditemui.

Jejak #feedinghomeless.

Kuala Lumpur, 28 Sept- Sukarelawan dari pelbagai fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia dan bidang kerja bersatu dalam satu projek, #feedinghomeless. Kawasan yang dijejaki oleh mereka adalah sekitar Plaza Puduraya Sentral. Seramai 11 orang sukarelawan diketuai Puan Faizatul, usahawan baju korporat. Mereka menaiki sebuah van dan bergerak ke Plaza Puduraya Sentral dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Operasi mengagihkan makanan kepada gelandangan kota ini bermula jam 11 malam dan berakhir jam 1 pagi. Sebanyak 40 pek makanan diagihkan pada malam tersebut.

Jejak #feedinghomeless.

Auckland, New Zealand, 28 Sept- Salam and Kia Ora. Yeah alhamdulilah. Selesai misi mengedarkan makanan kepada homeless di sini menerusi projek Food for Hunger (F4H). Kali ini, projek diketuai oleh Bro Am, hanya beliau seorang sukarelawan baharu lelaki dalam kalangan tim Handshake People. 50 pek makanan Berjaya diedarkan kepada gelandangan. Tetapi, ada beberapa tambahan pek diedarkan sepanjang perjalanan pulang setelah menerima rayuan dari 2 orang kanak-kanak arab yang ingin merasai pengalaman memberi makanan kepada gelandangan.


As little as RM10 you can share happiness to the hungers around Malaysia & overseas.

RM
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM10.00

Back To Top