DOKUMENTASI PALU

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Misi bantuan bencana Palu oleh Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) yang bermula pada 8 Oktober 2018, telah berakhir pada 12 Oktober 2018. 5 hari tim sukarelawan YDKMM yang terdiri daripada Norsyafiqah Salimun, Ketua Pembangunan Akademik YDKMM, Lenny Noor Diana Azlan selaku Ketua Media YDKMM dan sukarelawan YDKMM, Mohammad Farizzal Rostam selamat sampai ke Malaysia Sabtu lepas. Misi ini membawa bantuan berupa barang keperluan asas seperti beras, biskut, sabun, pampers bayi dan khemah.

“Misi bantuan bencana Palu ini dikhususkan untuk membawa keperluan asas dan pendekatan YDKMM adalah memberi terus kepada mangsa bencana. YDKMM menyerahkan langsung kepada mangsa melalui sukarelawan yang dibawa khas dari Malaysia ke Palu, selain daripada menyelami sendiri keadaan mangsa bencana gempa bumi tsunami setelah hampir 14 hari kejadian gempa berlaku,” Ujar Pengerusi YDKMM, Encik Ahmad Umair Zulkefli.

Bantuan Pek Keperluan Asas  Hari pertama tiba di Kota Palu, sukarelawan dijemput oleh pertubuhan kebajikan di Indonesia (Rumah Zakat) yang menjadi rakan kerjasama sepanjang proses pengedaran berlaku. Sebanyak 30 kotak air mineral diedarkan kepada khemah khemah mangsa bencana Kampung Pemandu, di sekitar Masjid Jabal An Nur. Ketika sukarelawan mengedarkan pek makanan dan air mineral, kami terpaut pada wajah seorang anak kecil berusia 10 tahun. Wajahnya sugul. Ketika ditanya apakah juadah makan malam beliau, dia hanya menggelengkan kepala. Kanakkanak perempuan ini tinggal bersama keluarga dan dua orang adiknya yang masih kecil. Khemah yang dihuni mereka lebih tertutup jika dibandingkan dengan khemah yang menempatkan 6 keluarga lainnya. Ini kerana, keluarga ini mempunyai bayi berusia 8 bulan. Pun begitu, mereka masih terdedah dengan angin malam yang sejuk, kerana kekurangan kain menutupi lantai khemah.

Hari kedua perjalanan tim sukarelawan YDKMM di Kota Palu adalah menuju Donggala Utara. Lokasi terjadinya tsunami yang paling teruk. Sepanjang perjalanan ke Donggala, yang memakan masa selama 6 jam pergi balik ini, menemukan kami dengan beberapa runtuhan tanah bukit. Jalan yang retak di sana sini menjadikan perjalanan semakin mencabar. Ketika kami sampai di Donggala Barat, seorang makcik menceritakan detik cemas ketika air memukul rumah mereka. Mujur sahaja ruang pasar masih utuh, boleh dijadikan rumah sementara mereka 8 keluarga. Menurut beliau, tinggal di khemah itu lebih aman berbanding membina rumah kerana pada saat ini, keadaan masih belum stabil dan banyak kes kecurian berlaku terhadap kedai kedai runcit dan risiko barang keperluan pembinaan rumah dicuri selain daripada keadaan bentuk muka bumi yang masih belum boleh didiami dengan selamat. Sebanyak 60 kotak pampers, 4 khemah, 96 kotak air susu UHT, 6 kotak tepung, 50 kotak air mineral dan 400 bungkus mee segera diedarkan kepada mangsa tsunami di daerah Donggala Utara ini.

Pengalaman Pertama Mohammad Farizzal Rostam, sukarelawan YDKMM bersyukur kerana akhirnya dapat melibatkan diri dalam proses evakuasi. Hari ketiga kami di sana, kami dibawa ke lokasi Kampung Petobo. Kampung yang hijau damai dihiasi dengan sawah padi yang sedang mulai masak. Di sana, Mohd Farizzal berpeluang menjumpai dan menguruskan 2 orang mayat di kawasan kampong tersebut. Beliau tidak mampu berkata apa-apa ketika menemukan salah seorang mayat tersebut sudah tidak berkepala. Cuaca yang terik memberi sedikit cabaran kepada tim sukarelawan YDKMM dalam menjejak mangsa-mangsa yang sudah tertimbus lebih 2 minggu di bawah reruntuhan rumah dan kenderaan.

Kami Butuh Khemah! Jumlah pelarian bencana gempa tsunami Palu meningkat kepada 82, 775 orang pada 13 Oktober 2018. Mereka masih tidak rasa selamat untuk tinggal berdekatan kawasan rumah mereka yang hancur dan dihanyutkan tsunami dan lumpur. Ratarata mangsa bergerak ke kawasan tinggi kerana bimbang tsunami dan gempa kuat berulang lagi. Selama 5 hari sukarelawan YDKMM di Kota Palu, 4 kali gegaran dirasakan. Justeru, tenda atau khemah sangat diperlukan untuk dijadikan tempat perlindungan sementara. Perjalanan mereka masih jauh, pembinaan rumah semula masih lama untuk dimulakan kerana bentuk muka bumi dan tanah yang masih perlu diteliti keadaanya. Tinggal di tenda atau khemah itu lebih selamat. Kos bagi satu khemah berukuran 10x10m adalah Rp. 1.200.000 bersamaan RM 387.00. Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia mensasarkan sebanyak 300 khemah berukuran 10x10m diedarkan kepada mangsa bencana gempa tsunami Palu pada fasa kedua bantuan bencana. Sumbangan anda menyelamatkan ribuan mangsa dari kesejukan, penyakit berjangkit dan kematian.

Sasaran bantuan untuk fasa 2 :

  1. 300 khemah untuk 10x10m = @ Rp 1.2 juta (RM387)
  2. 100.000 ringgit dana yang yang ingin disumbangkan
superadmin

superadmin

Leave a Replay

Recent Posts

Follow Us