skip to Main Content

A SUCCESSFUL
PLATFORM IN
DEVELOPING YOUTH

Malaysian youth is 100% future of Malaysia.

YDKMM continuing efforts to develop more informed and effective strategies that will nurture youth potential and talents and encourage participation.

BREAK THE GENERATION GAP

Concept of mentoring could embody the spirit of “Youth to Youth” and “The Future is Now”.

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

Application of module NLP allows us to create a ways of understanding how verbal and non-verbal communication effect the human brain and personality development of youth.

NURTURING ISLAMIC VALUES

Aspiring young people to nurture them to be youth-friendly Islamic experts and religious community movers.

Bingkisan
Pengasas &
Penasihat
YDKMM

Dr Hj Mohd Hizul Azri B. Hj Md Noor Pengasas & Penasihat Utama YDKMM, Medical Doctor (MD, INA), University of Padjadjaran

Dr Hj Mohd Hizul Azri B. Hj Md Noor
Pengasas & Penasihat Utama YDKMM,
Medical Doctor (MD, INA), University of Padjadjaran

Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia ditubuhkan atas matlamat yang jelas, iaitu menjadi medium untuk memanfaatkan harta secara telus dan teliti bagi membangun ekonomi umat Islam secara global. Melahirkan masyarakat berjiwa Rabbani dan professional dalam bidang masing-masing juga merupakan matlamat dasar penubuhan YDKMM.

Usaha mencapai dua matlamat ini sudah pastinya mempunyai pelbagai halangan. Namun, sebagai seorang yang bertanggungjawab, setiap perkara yang digeluti seharusnya  menjadi amal yang membahagiakan diri kita sendiri, keluarga serta saudara semuslim kita. memahami dan mencintai amal atau usaha untuk menggapai matlamat itu seharusnya menjadi prioriti bagi setiap individu yang berada di dalam YDKMM. Justeru, ini yang akan menjadikan setiap usaha kita diberkati Allah dan kejayaan bakal menjadi milik kita. Islamnya kita hari ini, tidak akan sekadar di atas nama, namun terletak pada amal.

Kata-kata Aluan
Pengerusi
YDKMM

En. Ahmad Umair Bin Zulkefli
Pengerusi Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia

Bach. of Eng (Hons) Chemical Engineering, UTP.
Pemegang Tauliah Agama, Jabatan Agama Islam Perak.
Ahli Persatuan Ulama Malaysia. 

Sesungguhnya ada seorang lelaki yang bertanya, “Ya Rasululllah siapakah manusia yang terbaik?”, beliau bersabda, “Mereka yang dipanjangkan usianya dan makin bertambah baik perbuatannya.” [HR Tirmidzi]

Sahabat YDKMM yang dimuliakan oleh Allah S.W.T hadis diatas membuat saya bertanya kepada diri sendiri, apakah saya sudah menggunakan segala kesempatan yang disediakan oleh Allah S.W.T dengan hal-hal yang terbaik? Apakah saya termasuk yang terbaik dan beruntung? Tentunya Allah tahu setiap jawapan dan tugas kita untuk terus berusaha sesuai syariatullah.

Para sukarelawan YDKMM siap untuk bersama-sama membantu masyarakat dalam usaha menjayakan misi kebahagiaan umat selari dengan moto YDKMM iaitu ‘Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah’. Semoga kerja keras para sukarelawan YDKMM mendapat ganjaran luarbiasa dari Allah S.W.T. dan menjadikan mereka antara manusia yang terbaik.

Akhir kata, ayuh bersama YDKMM bersinergi dalam rangkaian kebaikan sehingga mudah-mudahan Sang Maha Pencipta menyediakan kita semua tempat terbaik di syurga-Nya kelak.

Back To Top